MY EN   |   textincrease textnormal textdecrease   |   red blue green default
btndown btnup


PSM berperanan sebagai pusat pengurusan bibliometrik bagi penerbitan ilmiah di Malaysia. Untuk tujuan itu, PSM menyenaraikan, mengindeks dan menilai prestasi semua penerbitan ilmiah Malaysia secara sistematik dengan menggunakan Sistem Indeks Sitasi Malaysia (MyCite).
 


 
MyCite menyediakan laporan sitasi dan bibliometrik penyelidik, jurnal dan institusi di Malaysia. MyCite merangkumi semua bidang di dalam Kejuruteraan, Perubatan, Sains (EMS) dan Seni & Kemanusiaaan dan Sains Sosial (AHSS). Sistem ini mempunyai pautan ke MyJurnal, Sistem Pengurusan Jurnal Malaysia, untuk mengekstrakdata bibliografik bagi paparan dan analisis bibliometrik.
 
 MyCite memudahkan kegunaan berikut:
  • Menyediakan maklumat bibliometrik serta kandungan teks penuh jurnal ilmiah yang diterbitkan di Malaysia.
  • Menyediakan laporan sitasi dan bibliometrik bagi penyelidik, jurnal dan institusi di Malaysia.
  • Membantu keterlihatan penerbitan ilmiah Malaysia di peringkat global agar penyelidik Malaysia boleh mengenal pasti pakar dan bidang untuk berkolaborasi, serta merangsang penggunaan dan sitasi.
 
 
Sistem MyCite boleh dicapai di: http://www.mycite.my


 
Untuk sebarang pertanyaan mengenai status pengindeksan jurnal dalam sistem MyCite, sila hubungi PSM di: mcc@mohe.gov.my