Bahagian Sitasi dan Infometrik (BSI) berfungsi untuk merekodkan koleksi harta intelek terbitan ilmiah Negara. BSI bertanggungjawab untuk menyenaraikan, menyelaras dan mengindeks penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia melalui Sistem MyJurnal.
Sistem MyJurnal digunakan untuk memuat naik dan mengindeks jurnal-jurnal tempatan. MyJurnal mengandungi data bibliografik dan kandungan teks penuh artikel-artikel yang diterbitkan di jurnal ilmiah berwasit di Malaysia, di dalam pelbagai bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Perubatan, Sains (EMS) dan Seni & Kemanusiaan dan Sains Sosial (AHSS).
Objektif utama MyJurnal adalah:
Meningkatkan akses pada kandungan jurnal ilmiah tempatan kepada komuniti global; dan
Meningkatkan keternampakan kandungan yang menggalakkan penggunaan dan menjana sitasi kepada artikel yang diterbitkan.
MyJurnal memenuhi keperluan penerbit dan penyelidik dengan menyediakan kemudahan seperti berikut:
Sistem berasaskan atas talian yang intuitif dan mesra pengguna
Pusat setempat bagi pengumpulan jurnal ilmiah Malaysia
Akses percuma kepada teks penuh artikel-artikel penerbitan sekiranya hak cipta terpelihara dibenarkan