MY EN   |   textincrease textnormal textdecrease   |   red blue green default
btndown btnup

zuraidah
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
 
Selamat datang ke laman sesawang rasmi Pusat Sitasi Malaysia (PSM). Kami mengalu-alukan semua untuk mengambil kesempatan dan memanfaatkan maklumat yang tersedia. Penubuhan PSM pada 15 Februari 2011 adalah komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam merealisasi repositori kebangsaan bagi pengumpulan, pengurusan, dan penyebaran rekod dan maklumat bibliografik penerbitan ilmiah - hasilan intelek Malaysia. Ini selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan daya saing dan keupayaan pengajian tinggi Malaysia melalui peningkatan kualiti penerbitan saintifik.

Ukuran kemajuan dan pembangunan sesebuah negara boleh dilihat secara menyeluruh melalui penghasilan ide dan pemikiran baru, juga ilmu dan pengetahuan, selain kreativiti dan inovasi. Antara saluran utama bagi penghasilan produktiviti pengetahuan ini adalah kerja penyelidikan dan penemuan ilmu baru yang tersebar-luas melalui penerbitan ilmiah yang pelbagai. Petunjuk bagi produktiviti dan trend penghasilan ilmu dan pengetahuan baru ini boleh diukur melalui analisis rekod dan maklumat bibliografik semua penerbitan ilmiah yang terbabit. Maklumat strategik yang terhasil, amat penting dalam memberikan gambaran tentang kemampuan dan produktiviti keberhasilan pengetahuan negara. PSM telah diberi mandat dan amanah untuk mencapai hasrat murni tersebut.

Ukuran kemajuan dan pembangunan sesebuah negara boleh dilihat secara keseluruhan melalui penghasilan banyak idea baru, juga ilmu dan pengetahuan, selain kreativiti dan inovasi. Antara saluran penghasilan produktiviti pengetahuan ini adalah melalui kerja penyelidikan dan penemuan ilmu baru yang tersebar-luas melalui penerbitan ilmiah. Petunjuk bagi produktiviti dan trend penghasilan ilmu dan pengetahuan baru ini boleh diukur melalui analisis mendalam ke atas rekod-rekod bibliografik semua penerbitan ilmiah yang terbabit. Maklumat strategik hasil analisis rekod bibliografik ini penting dalam memberikan gambaran berhubung kemampuan dan produktiviti keberhasilan pengetahuan negara.
 
Laman sesawang ini berhasrat untuk menjadi medan asas bagi sumber maklumat tepat berhubung strategi keterlihatan global penghasilan pengetahuan ilmiah di Malaysia. Melaluinya, PSM mahu berperanan sebagai platform penting dalam mendokong ekosistem penyelidikan dan pendidikan negara. Saluran ini diharap dapat memberi ruang interaksi siber penting dalam mempromosi harapan dan aspirasi ke arah negara maju. Semoga ia akan berperanan sebagai pemudah cara, selain pengantara komunikasi utama dalam usaha kolaborasi antarabangsa. 
 
Semua inisiatif ini adalah sejajar dengan saranan dan syor dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Maka, jadikan dan gunakanlah ruang siber yang disediakan ini sebagai gelanggang intelektual utama bagi mengutara dan menyampaikan pendapat serta pandangan, juga maklum balas demi pengembangan ilmu dan warisan pengetahuan Negara.

 
Selamat melayari laman sesawang rasmi PSM.
 
Sekian.
 
Terima kasih.
 
 

PROF. MADYA DR. ZURAIDAH ABD MANAF
Ketua Pusat Sitasi Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi